Showing posts with label #TravelWithMZG. Show all posts
Showing posts with label #TravelWithMZG. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Day 2 - AirAsia Bloggers' Community 2nd Anniversary Party

EZ0A9790

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera.

Harap maaf agak terlambat untuk update yang Hari Kedua di Bangkok. Okay. Nak bagitahu MZG sangat lah gigih okay.Pagi itu untuk bangun pagi, oleh kerana apa? Tak lain dan tak bukan Swimming Pool.

IMG_6222

Yes! MZG kalau pergi bercuti, memang survey Swimming Pool dulu. Itu benda wajib kot! MZG bangun je terus pegi Breakfirst yang disediakan oleh pihak hotel. Dah habis je melantak.

IMG_6453

IMG_6451


BOOM! Terjun! Okay dah lepas berkubang. Hahaha. Maka MZG pergilah berkumpul di Hall untuk briefing game Rally Photo Hunt. Okay MZG di takdirkan untuk memasuki Group No 1. Hahaha.

IMG_6476

Okay, Teammate MZG adalah daripada Korea, Taiwan, Philippines, Thailand, & Australia. Okay pada mulanya, MZG tengok macam tak semangat je dorang. Sekali dah mula, semua semangat gila nak menang. Berlari sana berlari sini. Okay Game ni, kami kena amik gambar selfie di setiap tugasan yang diberi.

1. Thai Food
Kena ambil gambar bersama makanan Thailand yang popular!

IMG_6526

2. Thai Shrine
Kena ambil gambar di Temple yang popular di Thailand!

IMG_6543

3. Thailand Shopping Paradise
Kena ambil gambar di Shopping Mall yang maha hebat di Thailand!

IMG_6521

4. Thainess
Kena ambil gambar dengan apa apa saja benda yang menunjukkan bahawa itu adalah Thailand!

IMG_6540

5. AirAsia
Kena ambil gambar di mana mana logo AirAsia.

IMG_6545

Kami berjaya habiskan game ini agak awal, game ni sangat menyeronokkan sebenarnya. Kita dapat kenal kawan baru daripada negara lain.

IMG_6551

Pada malamnya pula, maka bermulalah AABC Party 2015. Tema yang diadakan adalah Traditional Costumes. Maka, MZG memakai Baju Melayu MZG beberapa tahun yang lepas lah. Hihihi. Bermacam jenis pakaian tradisional yang MZG nampak masa tu. Semua cantik cantik.
EZ0A0130

EZ0A0414

Ini adalah sebahagian yang mewakili Malaysia. Sangat seronok dan happy gila. Hahaha. Okay nantikan hari terakhir MZG di Bangkok. 

Nak tahu apa yang berlaku pada hari pertama di Bangkok. Klik SINI

Tuesday, June 16, 2015

Day 1 - AirAsia Bloggers' Community 2nd Anniversary Party

IMG_5832

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera,

Beberapa minggu yang lepas MZG menerima jemputan dari Pihak AirAsia mengenai event AABC 2015 Anniversary Party di Bangkok, Thailand. Terima kasih kepada Ashman, Eugene & Pihak AirAsia atas jemputan. Terdapat 13 blogger yang menyertai event ini iaitu Cipot, Mr Jocko, Tom, Aaron, Caroline, Nisa Kay, Mek Onie, Ruby, Kelly, Wendy Pua, ColeT, & Cynthia.

IMG_5937 

Pada 9 Jun 2015, MZG bertolak ke KLIA2 dan dihantar oleh Kakak MZG. So, Flight kami pada 11:30AM. Di dalam flight, AirAsia hidang kan kami Roast Chicken with Cream Sauce. Fuhhh, macam tahu - tahu je MZG tengah lapar masa tu. So far masa perjalanan tu, selamat. Alhamdulillah.

IMG_5868

IMG_5873 

IMG_5876

IMG_5879 

Kami selamat tiba pada pukul 4:00PM. Kami pun check in di Eastin Grand Hotel Sathorn yang terletak di tengah Bangkok. Selepas check in, MZG pun baring lah rehat sebentar sebab pada 4:30PM mahu pusing - pusing di bandar Bangkok. So, kami menggunakan LRT sahaja untuk ke mana - mana. Sebab hotel yang kami duduk itu, attach dengan LRT. So lebih mudah.

IMG_5935 

So, Kami pun bergerak ingin ke MBK Shopping Center untuk mencari simcard dan makanan halal. MZG menggunakan servis True. Oleh kerana hanya 3 hari di Bangkok, maka MZG ambil plan internet harian yang berharga lebih kurang 55Baht sehari.

IMG_5940

IMG_5951

Selepas itu, kami pergi ke Nana Restaurant. Ia merupakan Restoran Halal yang sangat terkenal di Bangkok. Makanan dia? Pergh! Boleh menitik air mata kalau makan sebab terlampau sedap! Amat tidak mengecewakan. So kalau korang pergi Bangkok, tolong lah singgah Restoran ni.
Kami pusing dalam mall itu agak lama juga, banyak benda menarik yang boleh beli disitu. Banyak juga T-shirt seperti I Love Bangkok yang ada jual di situ dengan berharga 100 Baht sahaja! Murah ya!

IMG_5952

IMG_5963 

Then, Kami pergi ke Silom Night Market kat Bangkok. Kat sini sangat seronok dan happening. Banyak juga souvenir yang boleh beli dekat sini, so kena pandai tawar menawar ya. Hehe. Lepas tu, korang patut try Pulut Mangga kat sini. Fuh! Menangis makan weh! Sedap nak mampos! Hahaha

IMG_5954

IMG_5955

IMG_6003
Gambar ihsan MrJocko

Selepas penat berjalan maka, MZG pun pulang ke hotel untuk berehat dan esok harinya pula ada Rally Photo Hunt! So kena banyak rehat lah. Nak tahu apa benda nya tu? Tunggu okay!!!!!




Friday, May 30, 2014

Review: Casuarina @Meru bersama Sahabat Media

hotel-1

DSC_6358

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera 
Pada 17 Mei 2014, MZG dapat jemputan daripada Sahabat Media untuk join trip ke Perak bersama blogger yang lain. Syukur Alhamdulillah dan Terima Kasih keran sudi menjemput MZG. Kami menetap di Casuarina @ Meru Perak. Hotel ini betul - betul terletak di tepi Highway PLUS Tol Jelapang. Hotel ini baru di buka pada penghujung tahun 2013. Maka, boleh lah singgah ke sini raya nanti. Hehehe.

DSC_6215

DSC_6204

Kami dihidangkan dengan hidangan bufet yang amat melazatkan. Selepas makan tengahari, kami check-in di hotel ini. Kami menginap di deluxe room yang sangat selesa dan cantik. Selepas itu, Press Conference by Casuarina @ Meru management di Executive Lounge.

DSC_6210

Press Conference disampaikan oleh Mr Malizan Hj Zakaria General Manager Hotel Casuarina @Meru. Terdapat 150 guestroom dan suites mengikut kesesuaian anda.Convention Centre, the Meru Raya Convention Centre merupakan Convention hall yang terbesar di Ipoh, Perak yang boleh memuatkan lebih kurang 3000 pax. Selepas itu, kami dijemput untuk Hi-Tea bersama GM Casuarina @ Meru. Kami disajikan beberapa Signature Food Casuarina @Meru bersama - sama dengan chefnya di Executive club yang berada di Level 2. Executive Club ini adalah untuk private launching ataupun gathering.

DSC_6241

DSC_6252

DSC_6248

Thursday, March 6, 2014

Lawatan Ke Kilang Spritzer

DSC_4695

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Pada 1 Mac 2014 yang lalu, aku dan beberapa blogger yang terkenal *aku je yang hambar. telah pergi ke Kilang Spritzer di Taiping, Perak. Apabila sebut saja mengenai Spritzer pasti semua warga Malaysia tahu akan gosip mengenai Spritzer menggunakan air berdekatan dengan perkuburan Cina. Baiklah Detektif MZG akan membuat siasatan! Hahaha. *perasannya aku. Okay jika ingin tahu ingin lebih lanjut, jom baca yer! Jeng jeng jeng. Haha.Okay, Pagi sudah kami berkumpul di One Utama. Bila sudah sampai, aku terkejut! Semua blogger hebat ada disitu, terasa diri ini tersangatlah kecil molek. Hahahaha. Kami menaiki bas untuk ke Kilang Spritzer yang terletak di Taiping, Perak.

DSC_4672

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah menjawab kuiz. Okay, disebabkan MZG adalah insan berdarah O maka dengan itu memang sangat tidak boleh membaca atau menulis didalam kenderaan pasti akan pening. Hahaha. Tapi takpe oleh kerana nak menang punya pasal lawan jugalah. Hahaha. Tulisan masa tulis tak payah nak cakap, MZG punya tulisan memang dari azali hodohnya tak terkata. Ini pula dengan tak beralas apa apa, kalah cakar ayam buruknya. Hahaha.

DSC_4684

Selepas itu, kami singgah di Raintree Cafe, Flemington Hotel di Taiping betul - betul sebelah Taman Tasik Taiping. Alhamdulillah, kami dihidangi makanan yang sangat menarik dan enak. Kami pun bergerak ke Kilang Spritzer.

Untitled

Okay, sampai saja di Kilang Spritzer, kami disambut dengan baik dan ramah oleh pihak Spritzer. Peramah juga pekerja - pekerja Spritzer. Selepas itu, mereka memberitahu serba sedikit tentang Spritzer,

DSC_4701

Sejarah Spritzer:
  1. Spritzer telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Tupai, Taiping.
  2. Kemudian berpindah ke kilang baru di Air Kuning pada 4 September 1994.
DSC_4743

DSC_4750

Kemudian, kami dibawa untuk meronda sekitar kilang Spritzer yang berkeluasan 330 ekar. Alhamdulillah, segala gosip mengenai Spritzer adalah tidak benar. MZG lihat tiada pun perkuburan Cina disitu malah jarak dari kilang ke perkuburan itu pun amat jauh. Jadi jangan risau okay! Punca air Spritzer adalah air bawah tanah yang terpelihara alam semulajadinya dengan kedalaman 400 kaki. Lagipun Air Spritzer telah ada cop halal daripada JAKIM. Pasti mereka sudah meneliti dengan sebaik mungkin malah JAKIM adalah diiktiraf antarabangsa dan Negara luar juga ingin mendapatkan cop Halal JAKIM.

MAP

Kilang Spritzer ini bersebelahan dengan Loji Lembaga Air Perak dan dikelilingi Hutan Tropika. Ini MZG ada sediakan jarak dari Kilang dan Perkuburan Cina tersebut. MZG amik ini dari Google Maps. 

DSC_4768

Selepas itu, kami dibawa masuk ke Kilang pembuatan botol dan pengisian air. So, disini tidak boleh ambil gambar. Hahaha. MZG sendiri tengok, cari mereka proses sangat bersih.


DSC_4736

DSC_4762

DSC_4776

DSC_4797

Habis sudah lawatan kami, Alhamdulillah, pengalaman yang menarik sekali. Hehe. Terima kasih spritzer & Bro Framestone kerana sudi memberi peluang MZG join lawatan ini. Hehehe

Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Spritzer sila klik sahaja.




Saturday, February 8, 2014

Water World @ICT Shah Alam



IMG_2182

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Pada 2 Februari 2014 yang lalu. Aku bersama keluarga tercinta telah pergi ke Water World @ ICT Shah Alam. Hehehe. Yer, kami sekeluarga sangat pantang dengan air. Pantang apa? Pantang jumpa. Semua hantu air. Kah kah kah. Gurau je. Hehehe. Okay, Aku sekeluarga & bersama keluarga sepupu aku pergi menyerang ke Water World ini dalam pukul 12pm. Mula - mula beratur memang tak ramai, mungkin juga ramai yang balik kampung, yelahkan cuti lama. Hihi. Okay, selepas sahaja bayar semua. Kami pun masuk dan cari tempat baik punya untuk para - para ibunda & ayahanda kami berteduh. Alhamdulillah dapat spot, hehehe. Agak ramai juga kat dalam ni. Tapi takpe, aku pergi tukar baju. Hati dah berkobar - kobar nak main air ni. Hahaha. Siap je tukar baju, anak sedara aku terus ajak pergi main Tornado Ride. Apa tu?


IMG_2097

IMG_2095

First tornado as it oscillates 7-storeys down with 28 seconds of adrenaline excitement. Bunyi pun dah seram, Hahaha. Agak tinggi juga lah nak memanjat tangga ke Tornado Ride ni. Sampai sampai je, Hmm apa lagi. Main lah! Fuhhh, Puas hati wooooo! Actually, aku gayat! Hahahahaha. Sungguh memalukan. Maka aku jerit tak ingat dunialah. Hahahaha. Memang best, aku naik nak dekat 3 kali juga lah. Hahaha. Fuhh, memang puas hati.

IMG_2101

Okay, Dah puas main ni, Kitorang naik pula Rainbow Racer Slides. Fuh, ni pun best gak! Boleh lumba beb! Hahaha. Actually, petua paling best kalau nak menang naik ni, korang kena berat. Macam aku! Haahaha. Mestilah aku menang! *muka bangga*

IMG_2130

Okay, lepas tu kitorang pegi dekat River Adventure pula. Yang ni ala ala sungai lah, hahaha. Dah nama pun river. Kitorang gigih jugalah kumpulkan 7 pelampung untuk buat ala - ala rombongan cik kiah kat situ. Hahaha. Yang ni paling lama, sebab tenang & enjoy naik ni. Hahaha.

IMG_2112

IMG_2129

Okay, selepas tu kitorang pegi Aladdin's Adventure. Ni actually kolam budak - budak. Tapi kitorang serang gak, best sebab air dia sejukkk. Hahaha.

IMG_2173

IMG_2153

Pastu kitorang pegi pula ke Wave Pool. Kat sini best ah, sebab kolam besar & hujung sekali dalam. So tak ramai lepak situ. Hahaha. Siap ada wave macam ala - ala laut sikit. Enjoy habis, amik gambar sana sini. Hahaha. Pukul 5pm kitorang dah gerak balik. Hasilnya semua kena sunburn. Hahahaha. Takpe, yang paling penting enjoy! Korang pergi lah try :)

Harga dia? Hmm, Normal (Tak ada MyCard) Dewasa, RM 40, Kanak - Kanak, RM35. My-Card (Yang ada MyCard) Dewasa, RM35, Kanak - Kanak, RM30.


 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork