Showing posts with label #AABCCabinCrewForADay. Show all posts
Showing posts with label #AABCCabinCrewForADay. Show all posts

Tuesday, June 16, 2015

Day 1 - AirAsia Bloggers' Community 2nd Anniversary Party

IMG_5832

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera,

Beberapa minggu yang lepas MZG menerima jemputan dari Pihak AirAsia mengenai event AABC 2015 Anniversary Party di Bangkok, Thailand. Terima kasih kepada Ashman, Eugene & Pihak AirAsia atas jemputan. Terdapat 13 blogger yang menyertai event ini iaitu Cipot, Mr Jocko, Tom, Aaron, Caroline, Nisa Kay, Mek Onie, Ruby, Kelly, Wendy Pua, ColeT, & Cynthia.

IMG_5937 

Pada 9 Jun 2015, MZG bertolak ke KLIA2 dan dihantar oleh Kakak MZG. So, Flight kami pada 11:30AM. Di dalam flight, AirAsia hidang kan kami Roast Chicken with Cream Sauce. Fuhhh, macam tahu - tahu je MZG tengah lapar masa tu. So far masa perjalanan tu, selamat. Alhamdulillah.

IMG_5868

IMG_5873 

IMG_5876

IMG_5879 

Kami selamat tiba pada pukul 4:00PM. Kami pun check in di Eastin Grand Hotel Sathorn yang terletak di tengah Bangkok. Selepas check in, MZG pun baring lah rehat sebentar sebab pada 4:30PM mahu pusing - pusing di bandar Bangkok. So, kami menggunakan LRT sahaja untuk ke mana - mana. Sebab hotel yang kami duduk itu, attach dengan LRT. So lebih mudah.

IMG_5935 

So, Kami pun bergerak ingin ke MBK Shopping Center untuk mencari simcard dan makanan halal. MZG menggunakan servis True. Oleh kerana hanya 3 hari di Bangkok, maka MZG ambil plan internet harian yang berharga lebih kurang 55Baht sehari.

IMG_5940

IMG_5951

Selepas itu, kami pergi ke Nana Restaurant. Ia merupakan Restoran Halal yang sangat terkenal di Bangkok. Makanan dia? Pergh! Boleh menitik air mata kalau makan sebab terlampau sedap! Amat tidak mengecewakan. So kalau korang pergi Bangkok, tolong lah singgah Restoran ni.
Kami pusing dalam mall itu agak lama juga, banyak benda menarik yang boleh beli disitu. Banyak juga T-shirt seperti I Love Bangkok yang ada jual di situ dengan berharga 100 Baht sahaja! Murah ya!

IMG_5952

IMG_5963 

Then, Kami pergi ke Silom Night Market kat Bangkok. Kat sini sangat seronok dan happening. Banyak juga souvenir yang boleh beli dekat sini, so kena pandai tawar menawar ya. Hehe. Lepas tu, korang patut try Pulut Mangga kat sini. Fuh! Menangis makan weh! Sedap nak mampos! Hahaha

IMG_5954

IMG_5955

IMG_6003
Gambar ihsan MrJocko

Selepas penat berjalan maka, MZG pun pulang ke hotel untuk berehat dan esok harinya pula ada Rally Photo Hunt! So kena banyak rehat lah. Nak tahu apa benda nya tu? Tunggu okay!!!!!




Friday, February 21, 2014

AABC Flight Attendant Course


DSC_4305

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

AABC Flight Attendant Course! Apa AABC? AABC itu ialah AirAsia Blogger Community. Terima kasih kepada AirAsia kerana sudi memberi peluang untuk MZG join dalam AABC ni. Hehe. Pada 12 February 2014, MZG dan beberapa blogger yang lain telah menghadiri event yang diberi nama AABC Flight Attendant Course. Kami diberi peluang untuk merasai sendiri menjadi seorang pramugara atau pramugari selama sehari. Hahaha. Ini merupakan pengalaman yang best sekali bagi MZG! Kami telah hadiri event ni di AirAsia Academy di Sepang.

DSC_4104

DSC_4113

DSC_4189

DSC_4147

DSC_4132

DSC_4178

Terima kasih kepada Mr Ashman kerana menjemput kami walaupun kami sedikit terlambat oleh kerana faktor traffic jammed! Sampai saja kami disediakan Sarapan Pagi yang amat menarik! Sedap woh! Selepas itu, Mr Elson telah membawa kami tour di sekeliling AirAsia Academy. Kami dibawa sekeliling Academy itu, dari Kelas Makeup, Safety class, Examination, Office admin, dan lain - lain. Dapat juga berkenalan Flight Attendant dari Thailand. Mereka juga sangat lah friendly dan cantik. Hehehehe.

DSC_4218

DSC_4236

DSC_4272

DSC_4296


DSC_4300

Selepas itu, Kami juga diberi peluang untuk merasa menjadi Flight Attendant didalam pesawat replika untuk Safety Demonstration dan Duties & Check. Korang semua mesti pernah nampakkan bila Flight Attendant tu buat Safety Demonstration. Haha. MZG dah mengalami untk buat itu seperti Safety Belt, Mask, Life Jacket, dan Manual read. Pada mulanya memang banyak kesalahan namun terima kasih kepada Mr Elson kerana menunjuk ajar kepada kami.

DSC_4347 

Seterusnya, ialah Door Drill Training. Disini bakal bakal Flight Attendant akan belajar untuk membuka membuka dan menutup pintu Kapal Terbang dengan sempurna. MZG juga berpeluang untuk membuka pintu itu dan ia sangat lah berat! Hahaha.

IMG-20140213-WA0004

Okay seterusnya adalah Slide Drill. Slide ini akan terbuka jika berlakunya kecemasan. MZG juga berpeluang untuk merasai untuk meluncur. Hahaha. Secara jujurnya ia sangat tinggi. Hahaa. Tapi still boleh dengan penuh cemerlangnya. Ecehcehcehhhh. Hahaha.

DSC_4315

DSC_4358



Selepas itu, Water Drill! Ini adalah antara aktiviti yang aku nanti - nantikan. Yeayyy!  Boleh dapat main air! Hahahaha. Kami diberi briefing serba sedikit tentang cara - cara menaiki Life Boat. Selepas semua selamat berada di dalam Life Boat. Kami dibahagikan kumpulan dengan mendayung Life Boat tersebut sampai ke darat atau di tempat yang selamat. Terima kasih kepada Encik Mahadi kerana memberi segala tunjuk ajar. 

DSC_4371

DSC_4375

Begitulah salah satu training yang wajib dan perlu dilalui oleh seorang bakal Flight Attendant sebelum bertugas di situasi sebenar. Perlu bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Thanks AirAsia. AirAsia Blogger Community.

p/s: kepada sesiapa yang ingin tahu syarat syarat untuk menjadi Pramugara dan Pramugari AirAsia klik saja. 

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork