Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Review: Peter Marvey, Magician Without Limits

IMG_9950

Pada 3 June 2014 yang lalu, MZG telah dijemput menghadiri ke event live di Genting. Peter Marvey: Magician Without Limits. Terima Kasih pada pihak Genting keran sudi menjemput MZG. Hehehe.


IMG_9886

Okay ,Persembahan Peter Marvey telah pun bermula pada 28 Mei 2014 yang lalu dan pada 3 June 2014 yang lalu,A nak kelahiran Swiss ini sangat berminat dengan Magic ini sejak beliau kanak-kanak lagi dan meneruskan impiannya sebagai seorang Magician yang berjaya. 


IMG_9745

Peter Marvey yang sangat terkenal dengan 'Dream Flying' dan dipecahkan kepada 7 jenis 'flying system' yang mengambil masa 7 tahun. Beliau juga pernah memenangi 'The Golden Wand' Tahun 1996. Diantara 'Signature acts' beliau ialah Ultimate Cut, Lumitec Levitation, Magic Card dan persembahan yang terhebat ialah Diamond Illusion premier di Tahun 2012. Diamond Illusion merupakan the most glamorous illusion ever!


IMG_9925

Apa lagi yang ditunggu - tunggu mari ke Genting Highland untuk menonton sendiri Peter Marvey : Magician Without Limits. Persembahan tiap hari bermula dari 28 Mei sehingga 24 November 2014 ini. Harga tiket untuk VIP, PS1, dan PS2 di RM118, RM88 dan RM48.Kanak2 pula dari RM 68, RM48 dan RM28. Sesiapa ada Genting Rewards Cards ada potongan  sehingga 30% hehe. 



P/S: Harap maaf kerana amat lambat update. MZG tengah practical. So sangat lah busy. Tak sempat buka blog.

Friday, April 25, 2014

Review: Sniper, Nyawa atau Nyawa

IMG_0002

Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera
Filem Sniper terbitan MIG ini menampilkan pelakon - pelakon baru yang terdiri daripada Fadhlan Hazim, Pablo Amirul, Mikael Andre & Nina Iskandar malah turut menjayakan filem ini lagi ialah Adiba Yunus, Nabil Razali & Delimawati. Filem terbaru arahan Pierre Andre ini mengisahkan tiga orang lelaki yang bernama Ahmad lakonan hebat dari Mikael Andre, Rafi lakonan dari Fadlan Hazim dan Jim lakonan Pablo Amirul yang terperangkap didalam satu permainan yang dipanggil 'Bunuh'.

IMG_6644

Hanya berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka terpaksa membunuh antara satu sama lain untuk menyelamatkan diri dan insan tercinta. Namun siapakah dalang disebalik permainan yang dipanggil 'Bunuh' ini? Adakah mereka semua terselamat? atau mereka semua mati? Maka saksikan lah di pawagan berdekatan anda bermula 24 April 2014 ini!

IMG_4669 

Terima kasih kepada pihak MIG kerana sudi menjemput MZG untuk join PraTonton filem ini isnin yang lalu. Hehe. Apa apa pun cerita ini best! Suspen gila, enjoy, tak yah kusut kusut nak fikir. So, pegi serang pawagan berdekatan anda! Haha.

p/s: Harap maaf, sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. Sesungguhnya aku terlampau sebuk. Maafkan aku :(

Thursday, March 6, 2014

Lawatan Ke Kilang Spritzer

DSC_4695

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Pada 1 Mac 2014 yang lalu, aku dan beberapa blogger yang terkenal *aku je yang hambar. telah pergi ke Kilang Spritzer di Taiping, Perak. Apabila sebut saja mengenai Spritzer pasti semua warga Malaysia tahu akan gosip mengenai Spritzer menggunakan air berdekatan dengan perkuburan Cina. Baiklah Detektif MZG akan membuat siasatan! Hahaha. *perasannya aku. Okay jika ingin tahu ingin lebih lanjut, jom baca yer! Jeng jeng jeng. Haha.Okay, Pagi sudah kami berkumpul di One Utama. Bila sudah sampai, aku terkejut! Semua blogger hebat ada disitu, terasa diri ini tersangatlah kecil molek. Hahahaha. Kami menaiki bas untuk ke Kilang Spritzer yang terletak di Taiping, Perak.

DSC_4672

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah menjawab kuiz. Okay, disebabkan MZG adalah insan berdarah O maka dengan itu memang sangat tidak boleh membaca atau menulis didalam kenderaan pasti akan pening. Hahaha. Tapi takpe oleh kerana nak menang punya pasal lawan jugalah. Hahaha. Tulisan masa tulis tak payah nak cakap, MZG punya tulisan memang dari azali hodohnya tak terkata. Ini pula dengan tak beralas apa apa, kalah cakar ayam buruknya. Hahaha.

DSC_4684

Selepas itu, kami singgah di Raintree Cafe, Flemington Hotel di Taiping betul - betul sebelah Taman Tasik Taiping. Alhamdulillah, kami dihidangi makanan yang sangat menarik dan enak. Kami pun bergerak ke Kilang Spritzer.

Untitled

Okay, sampai saja di Kilang Spritzer, kami disambut dengan baik dan ramah oleh pihak Spritzer. Peramah juga pekerja - pekerja Spritzer. Selepas itu, mereka memberitahu serba sedikit tentang Spritzer,

DSC_4701

Sejarah Spritzer:
  1. Spritzer telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Tupai, Taiping.
  2. Kemudian berpindah ke kilang baru di Air Kuning pada 4 September 1994.
DSC_4743

DSC_4750

Kemudian, kami dibawa untuk meronda sekitar kilang Spritzer yang berkeluasan 330 ekar. Alhamdulillah, segala gosip mengenai Spritzer adalah tidak benar. MZG lihat tiada pun perkuburan Cina disitu malah jarak dari kilang ke perkuburan itu pun amat jauh. Jadi jangan risau okay! Punca air Spritzer adalah air bawah tanah yang terpelihara alam semulajadinya dengan kedalaman 400 kaki. Lagipun Air Spritzer telah ada cop halal daripada JAKIM. Pasti mereka sudah meneliti dengan sebaik mungkin malah JAKIM adalah diiktiraf antarabangsa dan Negara luar juga ingin mendapatkan cop Halal JAKIM.

MAP

Kilang Spritzer ini bersebelahan dengan Loji Lembaga Air Perak dan dikelilingi Hutan Tropika. Ini MZG ada sediakan jarak dari Kilang dan Perkuburan Cina tersebut. MZG amik ini dari Google Maps. 

DSC_4768

Selepas itu, kami dibawa masuk ke Kilang pembuatan botol dan pengisian air. So, disini tidak boleh ambil gambar. Hahaha. MZG sendiri tengok, cari mereka proses sangat bersih.


DSC_4736

DSC_4762

DSC_4776

DSC_4797

Habis sudah lawatan kami, Alhamdulillah, pengalaman yang menarik sekali. Hehe. Terima kasih spritzer & Bro Framestone kerana sudi memberi peluang MZG join lawatan ini. Hehehe

Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Spritzer sila klik sahaja.




Wednesday, February 19, 2014

AirAsia Umum Penerbangan Dari Kuala Lumpur ke Kalibo

DSC_4561

AirAsia umum penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kalibo! Pada 18 Februari 2014, MZG telah menghadiri ke event di Hotel Hilton Kuala Lumpur. AirAsia telah melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kalibo. Anda tidak tahu apa itu Kalibo? Mari baca sini! Hehe

DSC_4509
(Dari Kiri ke Kanan)
Datin Melissa Ong (Marketing Director for Malaysia & Thailand, Philippine Department of Tourism),
H.E. Jose Eduardo E. Malaya III, The Ambassador, Embassy of the Philippines,
Aireen Omar, CEO, AirAsia Berhad
Kenny Wong, Head of Commercial, AirAsia Berhad


DSC_4512

Kalibo adalah pintu masuk ke pantai dan Pulau Boracay di Filipina. Destinasi ini sangat sesuai bagi masyarakat bandar yang inginkan percutian yang dapat merehatkan minda dan dapat menikmati aktiviti - aktiviti yang menarik seperti Snorkelling dan menyelam. Kalibo adalah juga tempat pembuatan fabrik buatan tangan Filipina yang dikenali sebagai kain Pina yang diperbuat daripada Fiber Pokok Nenas.

DSC_4532

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kami komited dalam menghubungkan komuniti-komuniti dari rantau ini yang kaya dengan destinasi-destinasi pantai dan pulau bertaraf dunia, dan kami sangat berbangga dapat menambah Kalibo, pintu masuk ke Pulau Boracay di Filipina ini ke dalam jaringan terluas dan destinasi-destinasi menarik kami.”  


DSC_4543

AirAsia melancarkan 4x seminggu ini akan beroperasi setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Selain itu, ini ada laluan ketiga destinasi Filipina dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.

DSC_4571

AirAsia juga akan menawarkan tempat duduk percuma dengan cukai dan surcaj yang bermula serendah RM77 sehala. Anda boleh menempah tiket menerusi laman web AirAsia dari 12.00pm esok, 19 Februari hingga 23 Februari 2014.

DSC_4580

DSC_4581

Tambahan pula, program kesetiaan global AirAsia, BIG juga menawarkan keutamaan penebusan bagi ahli BIG bermula dari 0 BIG Points. Ia akan bermula pada 0001 hingga 1200 (GMT+8) pada 19 Februari 2014, terlebih dahulu dari orang awam. Tiket penerbangan percuma ini juga dapat ditempah menerusi aplikasi mudah alih AirAsia seperti iPhone, Android, Blackberry Z10 dan juga Windows Phone.

DSC_4584

MZG juga menggambil peluang untuk bergambar bersama Aireen Omar, CEO, AirAsia Berhad. Hehe. Beliau sangat peramah dan mesra.

DSC_4587

p/s: Terima kasih AirAsia kerana sudi menjemput MZG join event yang awesome ni. Hehe, Terbaik lah! 

Thursday, January 30, 2014

Official Launch of Transformers Expo Malaysia 2014

DSC_3199

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Pada 28 January 2014 yang lalu, aku telah dijemput untuk menghadiri ke Pelancaran Expo Transformers 2014 di Genting Highland. Kalini, Expo Transformers terbesar akan berada di Malaysia untuk pertama kalinya. Terima kasih Genting kerana sudi menjemput saya :)

DSC_3056

DSC_3073

DSC_3084


DSC_3098

Transformers Expo Malaysia 2014 ini telah dilancarkan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia dan juga bersama Dato' Sri Lee Choong Yan, President & Chief Operating Offiver of Genting Malaysia Berhad, & Mr Raymond Tew, Chief Executive Officer of Targer Exposition Sdn Bhd.



DSC_3137

DSC_3143

DSC_3263

Mr Raymond Tew juga berkata, "This is the first time Transformers is exhibited in such a big scale. We have invested over RM5 million to set up this show and the two main characters of Transformers namely the 23 feet Optimus Prime & 18 feet Bumble Bee are both worth RM2 million."

DSC_3171

First stop, Showcase lebih 1520 collectibles & memorabilia oleh peminat dari Malaysia dan mereka lebih dikenali sebagai TransMy. Aku agak terpegun bila masuk sini, sangat menarik. Hihi. Sempat juga aku bercakap dengan Founder TransMy Mr Wong Chin Yam, Beliau berkata "Apabila dia sudah mula membeli satu version transformers tu, Dia mula ingin mengumpul ke semua version sehinggalah ke hari ini."

DSC_3201

Second stop, bagi sesiapa peminat kereta, kalian pasti amat sukakannya! Hahaha. Kalian akan dapat melihat sendiri kereta Chervolet's Camaro yang didalam movie dia bertukar kepada Bumble Bee. Disini, Camaro Kuning ini khas untuk pengunjung bergambar bersama. Camaro ini amat lah jarang ada di Malaysia. Hehe

DSC_3229

Third stop, 3D WarZone Tunnel, Disini anda akan diberikan kaca mata 3D untuk melihat sendiri movie atau cartoon dalam 3D. Anda akan berada didalam movie tu, macam korang berlawan dengan Decepticon. Hahaha. Di dalam tunnel ni, memaparkan 84 inci Toshiba 4K ultra HD Resolution yang sangat ohsem. Hehehe


DSC_3247

DSC_3270

Selain daripada itu, pengunjung juga berpeluang mengambil gambar bersama watak dan Mascots Transformers kegemaran mereka. Tidak ketinggalan akan ada banyak giveaways, contest dan stage performance di dalam Expo tersebut. Terdapat banyak peluang untuk memenangi hadiah melalui menjawab soalan trivia yang di host EMcee di Expo tersebut.

DSC_3040


Okay baiklah, Transformers Expo Malaysia ni sangat lah ohsem!!!! Memang korang semua patut pergi, lagi - lagi tengah cuti sekolah ni kannn. Hahaha. Transformers Expo Malaysia 2014 ini akan bermula pada 31 Januari 2014 sehingga 16 February 2014.
Tiket untuk kanak - kanak RM 45 berumur antara 4 sehingga 12 tahun dan RM 55 untuk dewasa. Untuk warga Emas pula 60 tahun ke atas hanya RM45 sahaja. Bagi Pakej keluarga 2 Dewasa dan 2 Kanak - Kanak hanya RM 180 per family. Untuk maklumat lanjut boleh layari ke www.transformersmal.com.my

Sunday, January 26, 2014

Review: Kami Histeria

Poster Kami Histeria

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Pada 15 Januari 2014 yang lalu, aku telah menghadiri ke majlis perlancaran filem Kami Histeria yang bertempat di eCurve, Damansara. Majlis tersebut didatangi oleh ramai media - media dan juga bloggers. Filem ini dibintangi oleh pelakon - pelakon yang maha hebatnya, iaitu Nur Fazura, Nad Zainal, Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin dan Umie Omar. Malah, Afdlin Shauki & Izzue Islam yang turut menjayakan filem ini.


DSC_2800


DSC_2779 

Kami Histeria adalah idea asal dan lakon layar Rafidah Abdullah yang mendapat ilham semasa penggambaran di sebuah pangsapuri. Kami Histeria merupakan filem pertama arahan Shamyl Othman. Shamyl adalah graduan University of Melbourne dan memulakan karier dalam bidang pengarahan dengan menghasilkan filem pendek dan pernah memenangi anugerah filem pendek terbaik di Anugerah Video Malaysia.


Untitled

Untitled

Sinopsis Kami Histeria Lima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Kami Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati? Saksikan KAMI HISTERIA di pawagam 6 Februari 2014.


DSC_2868

Serius, Filem ni memang korang wajib tengok! Aku bagi 5 bintang untuk movie ni! Hahahaha. Memang tak tipu, bagi aku filem ini adalah filem yang bagus untuk permulaan tahun 2014. Heee, korang semua jangan lupa tengok tau! Heee. Aku pun nak tengok sekali lagi cerita ni kat pawagam nanti. Hihi. 


DSC_2755

Malah, Puan Marina Mahathir juga turut hadir. Aku sempat bergambar dengan beliau. Hehehe. Dia siap kata aku hensem okay. *muka bangga* Hahahaha.

IMG_1712

p/s: Aku sempat juga berselfie dengan semua pelakon Kami Histeria, just tak ada Diana Danielle je. Hihihi, Semua sporting. Styloo! Hehehe. :) Terima kasih kepada Bro Framestone sebab bagi tiket ni. Hehee

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork