Showing posts with label #AABC2015. Show all posts
Showing posts with label #AABC2015. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Day 2 - AirAsia Bloggers' Community 2nd Anniversary Party

EZ0A9790

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera.

Harap maaf agak terlambat untuk update yang Hari Kedua di Bangkok. Okay. Nak bagitahu MZG sangat lah gigih okay.Pagi itu untuk bangun pagi, oleh kerana apa? Tak lain dan tak bukan Swimming Pool.

IMG_6222

Yes! MZG kalau pergi bercuti, memang survey Swimming Pool dulu. Itu benda wajib kot! MZG bangun je terus pegi Breakfirst yang disediakan oleh pihak hotel. Dah habis je melantak.

IMG_6453

IMG_6451


BOOM! Terjun! Okay dah lepas berkubang. Hahaha. Maka MZG pergilah berkumpul di Hall untuk briefing game Rally Photo Hunt. Okay MZG di takdirkan untuk memasuki Group No 1. Hahaha.

IMG_6476

Okay, Teammate MZG adalah daripada Korea, Taiwan, Philippines, Thailand, & Australia. Okay pada mulanya, MZG tengok macam tak semangat je dorang. Sekali dah mula, semua semangat gila nak menang. Berlari sana berlari sini. Okay Game ni, kami kena amik gambar selfie di setiap tugasan yang diberi.

1. Thai Food
Kena ambil gambar bersama makanan Thailand yang popular!

IMG_6526

2. Thai Shrine
Kena ambil gambar di Temple yang popular di Thailand!

IMG_6543

3. Thailand Shopping Paradise
Kena ambil gambar di Shopping Mall yang maha hebat di Thailand!

IMG_6521

4. Thainess
Kena ambil gambar dengan apa apa saja benda yang menunjukkan bahawa itu adalah Thailand!

IMG_6540

5. AirAsia
Kena ambil gambar di mana mana logo AirAsia.

IMG_6545

Kami berjaya habiskan game ini agak awal, game ni sangat menyeronokkan sebenarnya. Kita dapat kenal kawan baru daripada negara lain.

IMG_6551

Pada malamnya pula, maka bermulalah AABC Party 2015. Tema yang diadakan adalah Traditional Costumes. Maka, MZG memakai Baju Melayu MZG beberapa tahun yang lepas lah. Hihihi. Bermacam jenis pakaian tradisional yang MZG nampak masa tu. Semua cantik cantik.
EZ0A0130

EZ0A0414

Ini adalah sebahagian yang mewakili Malaysia. Sangat seronok dan happy gila. Hahaha. Okay nantikan hari terakhir MZG di Bangkok. 

Nak tahu apa yang berlaku pada hari pertama di Bangkok. Klik SINI

Tuesday, June 16, 2015

Day 1 - AirAsia Bloggers' Community 2nd Anniversary Party

IMG_5832

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera,

Beberapa minggu yang lepas MZG menerima jemputan dari Pihak AirAsia mengenai event AABC 2015 Anniversary Party di Bangkok, Thailand. Terima kasih kepada Ashman, Eugene & Pihak AirAsia atas jemputan. Terdapat 13 blogger yang menyertai event ini iaitu Cipot, Mr Jocko, Tom, Aaron, Caroline, Nisa Kay, Mek Onie, Ruby, Kelly, Wendy Pua, ColeT, & Cynthia.

IMG_5937 

Pada 9 Jun 2015, MZG bertolak ke KLIA2 dan dihantar oleh Kakak MZG. So, Flight kami pada 11:30AM. Di dalam flight, AirAsia hidang kan kami Roast Chicken with Cream Sauce. Fuhhh, macam tahu - tahu je MZG tengah lapar masa tu. So far masa perjalanan tu, selamat. Alhamdulillah.

IMG_5868

IMG_5873 

IMG_5876

IMG_5879 

Kami selamat tiba pada pukul 4:00PM. Kami pun check in di Eastin Grand Hotel Sathorn yang terletak di tengah Bangkok. Selepas check in, MZG pun baring lah rehat sebentar sebab pada 4:30PM mahu pusing - pusing di bandar Bangkok. So, kami menggunakan LRT sahaja untuk ke mana - mana. Sebab hotel yang kami duduk itu, attach dengan LRT. So lebih mudah.

IMG_5935 

So, Kami pun bergerak ingin ke MBK Shopping Center untuk mencari simcard dan makanan halal. MZG menggunakan servis True. Oleh kerana hanya 3 hari di Bangkok, maka MZG ambil plan internet harian yang berharga lebih kurang 55Baht sehari.

IMG_5940

IMG_5951

Selepas itu, kami pergi ke Nana Restaurant. Ia merupakan Restoran Halal yang sangat terkenal di Bangkok. Makanan dia? Pergh! Boleh menitik air mata kalau makan sebab terlampau sedap! Amat tidak mengecewakan. So kalau korang pergi Bangkok, tolong lah singgah Restoran ni.
Kami pusing dalam mall itu agak lama juga, banyak benda menarik yang boleh beli disitu. Banyak juga T-shirt seperti I Love Bangkok yang ada jual di situ dengan berharga 100 Baht sahaja! Murah ya!

IMG_5952

IMG_5963 

Then, Kami pergi ke Silom Night Market kat Bangkok. Kat sini sangat seronok dan happening. Banyak juga souvenir yang boleh beli dekat sini, so kena pandai tawar menawar ya. Hehe. Lepas tu, korang patut try Pulut Mangga kat sini. Fuh! Menangis makan weh! Sedap nak mampos! Hahaha

IMG_5954

IMG_5955

IMG_6003
Gambar ihsan MrJocko

Selepas penat berjalan maka, MZG pun pulang ke hotel untuk berehat dan esok harinya pula ada Rally Photo Hunt! So kena banyak rehat lah. Nak tahu apa benda nya tu? Tunggu okay!!!!!




 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork