Showing posts with label Kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label Kisah hidup. Show all posts

Friday, January 24, 2014

MZG Business card by Malaya Design & Printing

Untitled

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera
Akhirnya aku dah ada kad sendiri! Hahaha. Oleh sebab aku selalu pergi event ni, so ramai yang akan bertanya pasal kad. Memang agak malu bila, orang minta kat kita dan kita takda kad. Hahaha. Sedih betul. Rasa macam nak sorokkan muka dalam beg je. Hahaha. Okay, Tapi Alhamdulillah, mungkin rezeki tahun baru. Aku dapat juga buat Business kad. Hehehe. Okay, mesti ramai yang tanya, apa kegunaan Business card ni untuk blogger nubis macam aku ni kan?

Okay first of all, bila kita join mana - mana event, Kita mesti nak meninggalkan jejak kita kan? Alah, macam ala - ala blogwalking lah kan. So, orang akan lebih kenal siapa kita. Lagi - lagi yang taruk gambar dorang tu. Hahaha. Untuk kad aku, aku tak letak gambar aku. Segan lah, muka bukan lawa mana pun. Selepas itu, In sha Allah kalau korang bagi kad kat dorang kemungkinan dorang akan contact korang untuk event seterusnya. In sha Allah.

Untitled

Okay, mesti ramai tertanya - tanya aku buat kad kat mana kan kan? Okay, aku buat kad tu dekat Bro Haru Ellie ataupun Malaya Design & Printing Servis . Memang sangat berbaloi buat kat beliau, Harga yang sangat sempoi tapi hasilnya yang superb. Kad dia tebal & kalis air. Yang paling penting, design dia lain dari yang lain. Hahaha. Korang boleh minta design macam mana korang nak, Rainbow ke, Doraemon ke, Power Rangers ke, Hahahhaa. Dia pasti boleh buat. Aku sangat sarankan korang buat kat dia. Hehehe.

p/s: Nanti kalau korang jumpa aku, aku bagi kad kat korang eh. Hahaha Tetiba.

Thursday, January 2, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, pada tahun baru ini aku telah menaik taraf blog aku dari www.iammazzing.blogspot.com ke www.iammazzing.com Hahaha. Alhamdulillah, mungkin rezeki tahun baru. Lepas ni aku kena lah mengaktifkan diri ini ke blog. Hahaha. Perlahan - lahan, InshaAllah boleh. Hee. Azam tahun baru ni? Hmm, macam biasalah. Seperti azam - azam tahun lepas yang masih tak terlaksana. Hahaha. Well, macam biasa lah. Azam nak kurus. HAHA! Tapi still masuk je pukul 1pagi mesti buka periuk nasi. Haha. Tersangatlah nikmat tak terkata makan nasi tengah malam malam buta. Hahaha. Tahun ini, inshaAllah aku kurangkan aktiviti yang terlalu sihat itu. Haha.

IMG_1343

 Yer, sekarang aku tengah menghayati cuti semester aku yang terlampau produktif. Dengan melantak, melantak, dan melantak. Haha, Selain itu, aku juga selalu ke mall - mall untuk membuat ala ala tour gitu. Duit takdo, hanya mampu tour jelah kan. Haha. Berjalan ke sana ke mari tanpa arah tuju itulah aktiviti aku selama cuti ni. Hahaha. 

IMG_1305

Tapi, minggu ni aku akan melangguk kat rumah je, jadi anak dara kejap. Kereta Mummy Vi aku masuk hospital. Maka terbantut lah langkah aku  nak kemana kemari. Hahaha. Hmm, banyak pula aku membebel kalini. Hahaha,

 p/s: maafkan jika gambar diatas amat menyakitkan mata. Hahaha

Thursday, December 12, 2013

Terima kasih Allianz :)




Huyaaaa, okay aku nak cerita sikit. Hihi. Pasal insurans & kereta. Hehe. Okay entah ke berapa kali kereta aku rosak dan tersadai tepi jalan. Hahaha. Yeah, for sure first time dulu memang tak tahu buat apa, kelam kabut baq hang lahhh. Tak tahu pape kot! Tapi sekarang tak lah. Papehal aku akan call Insurans kereta aku lah. Hehe, time ni lah nak guna insurans tu. Aku guna insurans Allianz! So, setiap kali kereta aku rosak ke hape ke jadah ke. Aku akan terus call Allianz untuk tow kan kereta aku, dan terusss hantar ke bengkel! Hahaha. Bayaran? Takpayah! Insurans cover lah weh! Just kena bayar tol je. Kalau dorang tak lalu tol. Maka tak yah lah. Dok diam enjoy je naik lorry tu. Jahaha. 

Untitled

Pengalaman aku naik lorry towing ni banyak. Aku pernah duduk dalam kereta aku, sambil tu kereta aku kena towing. Hahaha. Enjoy habis, tinggi je. Tapi paling annoyingnya adalah, gegaran dia. Ya Allah! Pening gila kot. Bergegar sana bergegar sini. Enjoy sangat lah kan. Haha. So, Terima Kasih kepada Allianz kerana sentiasa membantu mengangkut balik kereta comel aku tu. Hehe.
 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork