Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Astro Publication Kini Melangkah Digital

DSC_2562

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera
Pada 21 January 2014 yang lalu, aku telah menghadiri ke salah satu event di Kuala Lumpur anjuran Astro. Aku telah menghadiri ke Pelancaran Astro Publication Goes Digital yang bertempat di Naked Restaurant & Bar, Plaza Damas. Aku sampai disini dalam pukul 4.40pm. Sesampai je terus daftar then terus pegi kat meja. Tema mereka hitam putih, sebab semua hiasan khemah hitam dan putih, sangat cantik dan nampak kemas.

DSC_2953

DSC_2985

Majlis bermula pada pukul 5 dimulakan dengan persembahan Dennis Lau, aku agak terpegun jugalah kehebatan beliau memainkan alat muzik kegemaran aku, iaitu Violin. Memang sangat superb lah!

DSC_2962

Selepas itu, Acara diteruskan dengan Mr Henry Tan, Chief Operating of Astro Malaysia memberi ucapan. Mr Henry juga berkata bahawa "Pelancaran 6 penerbitan digital ini menandai satu era baru," Tambah beliau lagi, "Kami dengan bebesar hati mengumumkan bahawa versi majalah-e untuk kelima - lima majalah digital kami kini boleh dimuat turun dengan PERCUMA, dan ia merupakan tawaran ekslusif buat semua 3.4juta isi rumah Astro mulai 10 Februari ini. Muat turun majalah e-FHM pula boleh dimiliki pada harga serendah USD0.99 sen. Kepada bukan pelanggan Astro, mereka boleh memuat turun mana - mana majalah yang mereka ingini pada harga USD0.99 untuk setiap edisi dari App Store." 

DSC_2980

Mr Henry Tan, Mr Sree Pathmanathan, Chief Of Operation Officer of Astro Digital Publications

Astro Digital Publication (ADPUB) melancarkan 6 penerbitan edisi digital Style (Majalah fesyen dan gaya hidup wanita Bahasa Inggeris), Car (Majalah automotif), InTrend (Majalah fesyen, kecantikan dan gaya hidup wanita Bahasa Melayu), FHM (Majalah gaya hidup lelaki Bahasa Inggeris), Men's Uno (Majalah fesyen dan gaya hidup lelaki Bahasa Cina) dan ifeel (Majalah fesyen, kecantikan dan gaya hidup wanita Bahasa Cina), Kesemuanya kini boleh dimuat turun di App Store.

DSC_2989DSC_2990

DSC_2924

Kini, sekarang kita tidak perlu ke kedai Runcit atau pun ke Kedai Buku yang berdekatan untuk membeli majalah. Hanya muat turun dan terus boleh baca. Go green! Save tree! Hehehehe. 

Untitled 

p/s: Terima kasih Bro Framestone kerana sudi beri peluang untuk aku join event ni. Hehe :)

Thursday, January 2, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, pada tahun baru ini aku telah menaik taraf blog aku dari www.iammazzing.blogspot.com ke www.iammazzing.com Hahaha. Alhamdulillah, mungkin rezeki tahun baru. Lepas ni aku kena lah mengaktifkan diri ini ke blog. Hahaha. Perlahan - lahan, InshaAllah boleh. Hee. Azam tahun baru ni? Hmm, macam biasalah. Seperti azam - azam tahun lepas yang masih tak terlaksana. Hahaha. Well, macam biasa lah. Azam nak kurus. HAHA! Tapi still masuk je pukul 1pagi mesti buka periuk nasi. Haha. Tersangatlah nikmat tak terkata makan nasi tengah malam malam buta. Hahaha. Tahun ini, inshaAllah aku kurangkan aktiviti yang terlalu sihat itu. Haha.

IMG_1343

 Yer, sekarang aku tengah menghayati cuti semester aku yang terlampau produktif. Dengan melantak, melantak, dan melantak. Haha, Selain itu, aku juga selalu ke mall - mall untuk membuat ala ala tour gitu. Duit takdo, hanya mampu tour jelah kan. Haha. Berjalan ke sana ke mari tanpa arah tuju itulah aktiviti aku selama cuti ni. Hahaha. 

IMG_1305

Tapi, minggu ni aku akan melangguk kat rumah je, jadi anak dara kejap. Kereta Mummy Vi aku masuk hospital. Maka terbantut lah langkah aku  nak kemana kemari. Hahaha. Hmm, banyak pula aku membebel kalini. Hahaha,

 p/s: maafkan jika gambar diatas amat menyakitkan mata. Hahaha
 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork