Showing posts with label #MovieWithMZG. Show all posts
Showing posts with label #MovieWithMZG. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Review: Sniper, Nyawa atau Nyawa

IMG_0002

Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera
Filem Sniper terbitan MIG ini menampilkan pelakon - pelakon baru yang terdiri daripada Fadhlan Hazim, Pablo Amirul, Mikael Andre & Nina Iskandar malah turut menjayakan filem ini lagi ialah Adiba Yunus, Nabil Razali & Delimawati. Filem terbaru arahan Pierre Andre ini mengisahkan tiga orang lelaki yang bernama Ahmad lakonan hebat dari Mikael Andre, Rafi lakonan dari Fadlan Hazim dan Jim lakonan Pablo Amirul yang terperangkap didalam satu permainan yang dipanggil 'Bunuh'.

IMG_6644

Hanya berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka terpaksa membunuh antara satu sama lain untuk menyelamatkan diri dan insan tercinta. Namun siapakah dalang disebalik permainan yang dipanggil 'Bunuh' ini? Adakah mereka semua terselamat? atau mereka semua mati? Maka saksikan lah di pawagan berdekatan anda bermula 24 April 2014 ini!

IMG_4669 

Terima kasih kepada pihak MIG kerana sudi menjemput MZG untuk join PraTonton filem ini isnin yang lalu. Hehe. Apa apa pun cerita ini best! Suspen gila, enjoy, tak yah kusut kusut nak fikir. So, pegi serang pawagan berdekatan anda! Haha.

p/s: Harap maaf, sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. Sesungguhnya aku terlampau sebuk. Maafkan aku :(

Sunday, January 26, 2014

Review: Kami Histeria

Poster Kami Histeria

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Pada 15 Januari 2014 yang lalu, aku telah menghadiri ke majlis perlancaran filem Kami Histeria yang bertempat di eCurve, Damansara. Majlis tersebut didatangi oleh ramai media - media dan juga bloggers. Filem ini dibintangi oleh pelakon - pelakon yang maha hebatnya, iaitu Nur Fazura, Nad Zainal, Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin dan Umie Omar. Malah, Afdlin Shauki & Izzue Islam yang turut menjayakan filem ini.


DSC_2800


DSC_2779 

Kami Histeria adalah idea asal dan lakon layar Rafidah Abdullah yang mendapat ilham semasa penggambaran di sebuah pangsapuri. Kami Histeria merupakan filem pertama arahan Shamyl Othman. Shamyl adalah graduan University of Melbourne dan memulakan karier dalam bidang pengarahan dengan menghasilkan filem pendek dan pernah memenangi anugerah filem pendek terbaik di Anugerah Video Malaysia.


Untitled

Untitled

Sinopsis Kami Histeria Lima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Kami Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati? Saksikan KAMI HISTERIA di pawagam 6 Februari 2014.


DSC_2868

Serius, Filem ni memang korang wajib tengok! Aku bagi 5 bintang untuk movie ni! Hahahaha. Memang tak tipu, bagi aku filem ini adalah filem yang bagus untuk permulaan tahun 2014. Heee, korang semua jangan lupa tengok tau! Heee. Aku pun nak tengok sekali lagi cerita ni kat pawagam nanti. Hihi. 


DSC_2755

Malah, Puan Marina Mahathir juga turut hadir. Aku sempat bergambar dengan beliau. Hehehe. Dia siap kata aku hensem okay. *muka bangga* Hahahaha.

IMG_1712

p/s: Aku sempat juga berselfie dengan semua pelakon Kami Histeria, just tak ada Diana Danielle je. Hihihi, Semua sporting. Styloo! Hehehe. :) Terima kasih kepada Bro Framestone sebab bagi tiket ni. Hehee

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork