Saturday, December 14, 2013

Bukit Broga bersama the Sahabat


IMG_0368

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Pada 19 November 2013 haritu, aku dan the Sahabat pegi menjejakkan kaki bersama - sama ke Bukit Broga di Semenyih. Kitorang bergerak ke sana pukul 4 pagi. Awal gilos! Semangat lah katakan. Hihihi. Gerak sana naik dua kereta, Kereta aku & kereta Surika. Dua - dua MyVi! Hehehe. Yang beza dia gua punya MyVi legend! Hahahha. Sampai dekat bawah Bukit Broga tu dalam kul 5 macam tulah, Gelap gelita kat bawah tu. Yang paling best, semua lupa bawak torchlight. Kah kah kah! Awesome! Maka dengan itu kitorang guna lah flash dari phone & powerbank. Hahaha. Nasib baiklah kan ada. Kalau takda? Mengagau lah mencari jalan. Mula - mula tu memang lah bersemangat & tenaga pun banyak lagi. Biasalah aku kan stok - stok berbadan comel ni, belum pape aku dah penat. Hahahaha. Teruk sial aku ni. Hahaha. Tapi aku gagah kan jugalah kan, sebenarnya dekat je nak sampai puncak tu. Tapi permukaan dia tersangatlah curam! Memang letih lah kan. Memang banyak kali juga berhenti berehat sebentar bersama kit-kat. Haha.

IMG_0246


Dalam kul 6 tu, Alhamdulillah aku selamat sampai kat atas tu. Fuh, sejuk baq hangggg! Nampak lah pemandangan yang sangat cantik, Ciptaan tuhan. Aku naik Broga ni, aku tak makan dulu. Bila sampai je kat atas Bukit tu. Aku pening, Sebab aku lapar kebulur. Perut dah bunyi kerak keruk. Hahaha. Sabar je lah. Nasiblah Cik Nabila kita bawak chocolate! Maka makan chocolate lah untuk kembalikan tenaga aku ni haa. Dah terlampau pening tu pinjam Minyak Cap Kapak kat Saidatul. Hahaha. Alhamdulillah beransur pulih lah pening - pening aku tu. Berjaya juga kitorang sampai atas Bukit sebelum Subuh, Maka dapat lah pemandangan matahari terbit. Fuh, Layan dohh. Hahaha.

IMG_0267

Then, macam biasalah kan. Bergambar lah dulu. Rugi woh kalau tak amik gambar. Walaupun masing - masing dah busuk je. Hahahaha. Tapi bergambar adalah perkara wajib kitorang. Kecekak kecekak kecekak. Masing - masing dah penat, kitorang pun turun lah. Kalini lagi mencabar. Sebab jalan dia curun. Tersangat lah bahaya. Huhu. Dalam kul 7.30 tu kitorang dah gerak balik dah, pastu singgah makan. Sebab masing - masing dah kebuluran. Hahaha. Bytheway, aktiviti ni sangat best dilakukan! Korang patut cuba. Hee

IMG_0403

Nasihat saya pada anda semua, tolong bawa Torchlight! Sangat penting. Bawa sorang satu. Senang sikit. Sebab kat situ gelap - gelita. Jalan licin pula tu. Kasut pula tolong pakai kasut Sport ataupun pakai kasut yang agak - agak tidak licin. Aku naik pakai Converse. Hahaha. Tolong makan sebelum pegi naik Broga ni, sebab takut korang jadi macam aku, kekurangan gula. Hahaha. Bawak lah makanan sikit, Takyah lah bawa nasi bungkus bagai. Hahaha. Just jaga diri lah yer kat atas sana nanti. Korang pergilah tau! Aktiviti ni gentle best kot, dapat tengok pemandangan yang kita takkan dapat kalau duduk kat Kuala Lumpur ni. Dapat hirup udara segar. Macam macam lah. Rasailahnya sendiri. Hee. That's all. 


8 comments:

  1. Bestnya ke Bukit Broga, teringin juga nak pergi tapi takde masa plak.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak patut pergi! Best ouh! Pemandangan kat atas tuh. Fuh cantik gilaaaa. Memang tak rugi. Hee

      Delete
  2. Bestt nya...teringin plk nk pgi sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best. You should try! Pegilah. Jangan lupa bawak kamera. Hee :D

      Delete
  3. waaaaaaaaa :0 seronoknya :DD hehehehhe

    ReplyDelete
  4. broga mmg best.. atie dh pg dlm 3 kali kot coz dekt sgt dgn kolej dlu.. last pegi tahun lps.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Best uh. Ni pun rasa macam nak naik lagi. Atas tu pemandangan dia best gilooo. Haha

      Delete

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork