Thursday, December 12, 2013

Review: Fantastica! 2

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Okaylah, Agak lama juga entry ni tergantung. Oleh kerana faktor - faktor kesibukan yang amat melampau. Hihi *acah acah artis. 23 November 2013 yang lalu aku telah dijemput untuk menghadiri ke show yang diberi nama Fantastica! 2 di Genting Highland. Ya pada hari yang sama aku menonton show Stars On Strings.

Baiklah, show ini dimulakan dengan kehadiran penari - penari handalan membuat persembahan dengan tersangatlah ohsem. Malah mereka juga memakai kostum dan membuat persembahan seperti Victoria's Secret Fashion Show. *fashion show kegemaran aku.

DSC_1801

DSC_1748

Masa ni membest lah sebab rasa macam tengok Victoria's Secret Fashion Show. Penari - penari juga sangat lah ohsem, dengan tarian yang sangat menarik malah mereka tersenyum saja bila menari tidak nampak langsung mereka penat atau sebaliknya. 

DSC_1772

Selepas saja habis mereka membuat persembahan, maka persembahan 'The Upside Down Ceiling Walker' pula ambil alih pentas ini. This segment being played by Kai Leclers & his partner. He was born in Canada and raised in Milan, Italy. He is inventor, director, and producer of various unusual and artistic aerial acts and spectacular magic tricks. As a director and a self - taught actor, he is the one who developed the Upside Down Ceiling Walker, which was inspired from a century-old history of Indian Traditions and culture. Persembahan yang menakjubkan ini melibatkan dia berjalan, menari, malah bermain Badminton dalam keadaan kakinya tergantung di siling dan kepalanya pula menunjukkan ke lantai yang setinggi 30 kaki di bawah. Hasil kerja yang amat menakjubkan ini telah menerima pengiktirafan di International Festival of Monte Carlo, China & Moscow.


DSC_1840


Selepas itu pentas telah diambil alih oleh Dany Daniel dan Edina. Persembahan ini adalah idea asal Edina kerana dia adalah penari Classical Ballet. Manakala Dany Daniel pula bukan lah penari balet yang hebat seperti Edina maka mereka membuat aksi - aksi yang lucu seperti apabila Edina mahu melompat Dany Daniel tidak dapat sambut. 

DSC_1848

Mereka juga memanggil dua orang penonton lelaki yang bertuah untuk menari ballet bersama mereka. Ketika ni riuh dengan gelak ketawa penonton yang melihat aksi aksi mereka yang menari ballet. Mereka diberi dress seperti penari ballet.


DSC_1861

DSC_1925

Selepas itu, pentas mula diambil alih oleh Jano Yang untuk segmen The Gazillion Bubble Show. Jano Yang dilahirkan di Vietnam dan dibesarkan di Yugoslavia. Jano yang adalah juara Judo kebangsaan. Bersama sama Abangnya Fan Yang, mereka menggembara serata dunia untuk menghiburkan penonton dengan persembahan mereka yang ohsem dan telah membuat persembahan di 'Presidential Event in Paris, France'. Jano Yang akan mengajak anda untuk melangkah ke dunia Magic yang amat ohsem yang akan membuatkan anda terkesima dengan teknik pengcahayaan dan laser yang amat hebat sekali.

DSC_1950


Persembahan beliau yang penuh dengan seni ini akan membuatkan penonton yang hadir akan tersenyum dan tergelak malah teruja dengan persembahan yang dilakukan. Jano Yang telah berkecimpung dalam bidang ini dalam 20 tahun untuk menjadikan persembahan ini sempurna. Dengan bakat beliau yang unik ini, beliau telah di pencalonkan di Best Artist in the popular French TV Show.


DSC_2005 

Baiklah, Sekali lagi pentas diambil oleh pasangan duo Dany Daniel dan Edina bagi segmen Rola Rola Man. Imbangan badan oleh Dany Daniel dari Stage imbangan yang rendah terus ke Imbangan paling tinggi dengan bantuan pembantunya yang menawan Edina! Dua pasangan ini memang profesional, mereka saling bantu - membantu untuk menjayakan aksi mereka.

DSC_2027

Aksi mereka ini amat membuat anda ternganga dan terkesima. Memang tidak dapat di sangkal lagi kehebatan mereka. Memang anda akan rasa sangat teruja apabila menontonnya. Jangan tiru aksi mereka ini di rumah pula ye! Amaran keras ini! Hanya yang profesional yang boleh. Hehe. Mereka ini sangat professional dan bertahun berlatih untuk menyempurna persembahan mereka. Sangat menghiburkan.


DSC_2047

DSC_2090

Baiklah, akhir sekali pentas diambil alih oleh dua orang gadis jelita yang berasal dari Mongolia. Segmen ini diberi nama Doe Aqua by Mermaids pula pertunjukkan di dalam aquarium kecil. Dengan lentok lentik badan yang sangat fleksible. Tarian yang ala - ala mermaid yang amat menakjubkan! Persembahan yang profesional ini dipersembahkan oleh Anudati & Khaliun. Mereka juga pernah memenangi anugerah Best Act Award di Italian Circus Festival 2010.

DSC_2118

Mereka juga telah membuat persembahan di serata dunia. Amat mengagumkan sekali! Memang rugilah kalau tak pergi menontonnya sendiri! Hehe.

DSC_2207
Kai Lecler & His Partner

DSC_2193
Jano Yang

DSC_2222
Dany Daniel & Edina


DSC_2154
Barisan yang menjayakan Fantastica 2!

Harga tiket dijual pada harga yang sangat berbaloi - baloi :)
Adult: RM115 (ViP) , RM85 (PS1) , & RM55 (PS2)
Child: RM60 (ViP) , RM45 (PS1) , & RM30 (PS2)

For more further information, please visit to www.rwgenting.com

No comments:

Post a Comment

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork