Kalini sekali lagi aku diberi peluang untuk menyertai Private event anjuran AllDay Media di Mukha Cafe, Taman Tun Dr Ismail. Terima Kasih kepada Bro Framestone kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk join event ni. Hehe
Okay, Ramai blogger - blogger hebat yang hadir. Aku terasa diri aku tersangatlah kerdil. Aku yang tiada nama ni baru nak merangkak - rangkak dalam dunia blog ni. Hee.
Kami tiba di Mukha Cafe tepat pada pukul 7 untuk mendaftar nama. Masuk - masuk je Cafe dah bau makanan. Pergh, kecur air liur. Haha. Majlis bermula dalam pukul 8. Kami dijamukan dengan makanan yang super duper sedap! *Memang tak rugi aku tak makan seharian
Bagi umat islam, anda semua jangan risau. Makanan ini ditanggung halal! Gentle tak tipu makanan kat sini sedap. Dengan decoration kedai yang simple. Tapi sangat nice, tenang je masuk kedai ni. Pandai dorang decorate kedai ni. Relax je, takde kalut sangat. Hehe.
Selepas kami seronok makan - makan, Founder AllDay Media memberi beberapa ucapan. Aktiviti bermula dengan cabutan bertuah. Hadiah yang sangat lumayan, iaitu X-Mini Speaker *dah lama aku mengidam benda ni. Tapi bukan rezeki aku, mungkin aku tak berapa nak bertuah hari tu. Hahaha. Selain itu, Mereka mengadakan Instagram Contest & Best Dress.
Namun, setiap blogger yang hadir akan dapat membawa pulang Mouse Pad & Laptop Skin Ed Hardy. So, tak ada lah aku kecewa sangat. Hahaha. Namun event ni amat seronok. Perut kenyang hati senang. Yang paling penting aku dapat berjumpa blogger - blogger hebat. Mereka sangat ohsem okay, semua peramah just aku je pemalu tahap dewa! Hahaha.
Okay inilah antara blogger yang hadir. Masing - masing semua sporting. Nice knowing all of you. Hehe. Jika diberi peluang kita jumpa lagi. Hehe. Akhir sekali, Terima kasih buat Mukha Cafe kerana menyediakan tempat yang sangat best dan makanan yang sangat sedap. Nanti jika ada rezeki saya datang lagi.
For more info about AllDay Media, please log on www.allday.my
spaggeti dalam cup...wow
ReplyDeleteHahaha. Comel kot cup dia. Yang penting sedap.
Delete