Thursday, December 19, 2013

#AllDayMakan di Mukha Cafe bersama Blogger

IMG_1102

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera

Kalini sekali lagi aku diberi peluang untuk menyertai Private event anjuran AllDay Media di Mukha Cafe, Taman Tun Dr Ismail. Terima Kasih kepada Bro Framestone kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk join event ni. Hehe

Okay, Ramai blogger - blogger hebat yang hadir. Aku terasa diri aku tersangatlah kerdil. Aku yang tiada nama ni baru nak merangkak - rangkak dalam dunia blog ni. Hee.

Kami tiba di Mukha Cafe tepat pada pukul 7 untuk mendaftar nama. Masuk - masuk je Cafe dah bau makanan. Pergh, kecur air liur. Haha. Majlis bermula dalam pukul 8. Kami dijamukan dengan makanan yang super duper sedap! *Memang tak rugi aku tak makan seharian 

IMG_1092 



IMG_1120 IMG_1122
IMG_1087


Bagi umat islam, anda semua jangan risau. Makanan ini ditanggung halal! Gentle tak tipu makanan kat sini sedap. Dengan decoration kedai yang simple. Tapi sangat nice, tenang je masuk kedai ni. Pandai dorang decorate kedai ni. Relax je, takde kalut sangat. Hehe.


DSC_2241

IMG_1129


Selepas kami seronok makan - makan, Founder AllDay Media memberi beberapa ucapan. Aktiviti bermula dengan cabutan bertuah. Hadiah yang sangat lumayan, iaitu X-Mini Speaker *dah lama aku mengidam benda ni. Tapi bukan rezeki aku, mungkin aku tak berapa nak bertuah hari tu. Hahaha. Selain itu, Mereka mengadakan Instagram Contest & Best Dress.

IMG_1149

Namun, setiap blogger yang hadir akan dapat membawa pulang Mouse Pad & Laptop Skin Ed Hardy. So, tak ada lah aku kecewa sangat. Hahaha. Namun event ni amat seronok. Perut kenyang hati senang. Yang paling penting aku dapat berjumpa blogger - blogger hebat. Mereka sangat ohsem okay, semua peramah just aku je pemalu tahap dewa! Hahaha. 


DSC_2252

Okay inilah antara blogger yang hadir. Masing - masing semua sporting. Nice knowing all of you. Hehe. Jika diberi peluang kita jumpa lagi. Hehe. Akhir sekali, Terima kasih buat Mukha Cafe kerana menyediakan tempat yang sangat best dan makanan yang sangat sedap. Nanti jika ada rezeki saya datang lagi. 

For more info about AllDay Media, please log on www.allday.my

2 comments:

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork