Assalammuailaikum & Salam Sejahtera.
Harap maaf agak terlambat untuk update yang Hari Kedua di Bangkok. Okay. Nak bagitahu MZG sangat lah gigih okay.Pagi itu untuk bangun pagi, oleh kerana apa? Tak lain dan tak bukan Swimming Pool.
Yes! MZG kalau pergi bercuti, memang survey Swimming Pool dulu. Itu benda wajib kot! MZG bangun je terus pegi Breakfirst yang disediakan oleh pihak hotel. Dah habis je melantak.
Okay, Teammate MZG adalah daripada Korea, Taiwan, Philippines, Thailand, & Australia. Okay pada mulanya, MZG tengok macam tak semangat je dorang. Sekali dah mula, semua semangat gila nak menang. Berlari sana berlari sini. Okay Game ni, kami kena amik gambar selfie di setiap tugasan yang diberi.
1. Thai Food
Kena ambil gambar bersama makanan Thailand yang popular!
2. Thai Shrine
Kena ambil gambar di Temple yang popular di Thailand!
3. Thailand Shopping Paradise
Kena ambil gambar di Shopping Mall yang maha hebat di Thailand!
4. Thainess
Kena ambil gambar dengan apa apa saja benda yang menunjukkan bahawa itu adalah Thailand!
5. AirAsia
Kena ambil gambar di mana mana logo AirAsia.
Kami berjaya habiskan game ini agak awal, game ni sangat menyeronokkan sebenarnya. Kita dapat kenal kawan baru daripada negara lain.
Pada malamnya pula, maka bermulalah AABC Party 2015. Tema yang diadakan adalah Traditional Costumes. Maka, MZG memakai Baju Melayu MZG beberapa tahun yang lepas lah. Hihihi. Bermacam jenis pakaian tradisional yang MZG nampak masa tu. Semua cantik cantik.
Ini adalah sebahagian yang mewakili Malaysia. Sangat seronok dan happy gila. Hahaha. Okay nantikan hari terakhir MZG di Bangkok.
Nak tahu apa yang berlaku pada hari pertama di Bangkok. Klik SINI
No comments:
Post a Comment