Assalammuailaikum & Salam Sejahtera,
Beberapa minggu yang lepas MZG menerima jemputan dari Pihak AirAsia mengenai event AABC 2015 Anniversary Party di Bangkok, Thailand. Terima kasih kepada Ashman, Eugene & Pihak AirAsia atas jemputan. Terdapat 13 blogger yang menyertai event ini iaitu Cipot, Mr Jocko, Tom, Aaron, Caroline, Nisa Kay, Mek Onie, Ruby, Kelly, Wendy Pua, ColeT, & Cynthia.
Pada 9 Jun 2015, MZG bertolak ke KLIA2 dan dihantar oleh Kakak MZG. So, Flight kami pada 11:30AM. Di dalam flight, AirAsia hidang kan kami Roast Chicken with Cream Sauce. Fuhhh, macam tahu - tahu je MZG tengah lapar masa tu. So far masa perjalanan tu, selamat. Alhamdulillah.
So, Kami pun bergerak ingin ke MBK Shopping Center untuk mencari simcard dan makanan halal. MZG menggunakan servis True. Oleh kerana hanya 3 hari di Bangkok, maka MZG ambil plan internet harian yang berharga lebih kurang 55Baht sehari.
Selepas itu, kami pergi ke Nana Restaurant. Ia merupakan Restoran Halal yang sangat terkenal di Bangkok. Makanan dia? Pergh! Boleh menitik air mata kalau makan sebab terlampau sedap! Amat tidak mengecewakan. So kalau korang pergi Bangkok, tolong lah singgah Restoran ni.
Kami pusing dalam mall itu agak lama juga, banyak benda menarik yang boleh beli disitu. Banyak juga T-shirt seperti I Love Bangkok yang ada jual di situ dengan berharga 100 Baht sahaja! Murah ya!Then, Kami pergi ke Silom Night Market kat Bangkok. Kat sini sangat seronok dan happening. Banyak juga souvenir yang boleh beli dekat sini, so kena pandai tawar menawar ya. Hehe. Lepas tu, korang patut try Pulut Mangga kat sini. Fuh! Menangis makan weh! Sedap nak mampos! Hahaha
Gambar ihsan MrJocko
Selepas penat berjalan maka, MZG pun pulang ke hotel untuk berehat dan esok harinya pula ada Rally Photo Hunt! So kena banyak rehat lah. Nak tahu apa benda nya tu? Tunggu okay!!!!!
Ya Allah !!!!! nizam! akak dah penah ke sini sebab nak tengok design blog dari Alieff! Smart okay design blog nizam! hi mek onie dari sini,masih ingat lagi nggak sama aku?hahahahahahhahahhahaha
ReplyDeleteLah yeke?!!! Tidak ku sangka. Bahaha. Ouh design Alief memang terbaik. Dia buat cantik. Yeke kak? Mekasih kat Alieff. Saya bagi dia design sendiri je. Saya tak kesah. Yg penting simple tapi cantik. Hahahah. Gila kau tak ingat geng shopping & geng lepak tepi kolam kot. Hahahahah
Delete