Sunday, August 31, 2014

My AirAsia Free Seats!

My FREE SEATS

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera
Jika saya dapat 10 AirAsia Free Seats, saya akan pergi ke Sabah dan saya akan bawa ahli - ahli the Maz yang teramat ohsem iaitu;

DSC_7745

Mokhtar Bin Murad
 Uzaiyah Bt Haji Yakob
 Mazlizan Fitri Bin Mokhtar
 Nurul Faeza Bt Abd Manap
Maznurull Ariff Bin Mokhtar
Azura Bt Zakaria
Mazliana Fazni Bt Mokhtar
Mazrizal Azhar Bin Mokhtar
Harizz Ahlami Bin Mazlizan Fitri
 
1872175604_f60a429f89

16963286

Saya berharap untuk kami ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Sebab saya nak bawa keluarga tercinta saya ialah kerana keindahan pulau - pulau yang terdapat disana. Dimana kami sekeluarga amat cinta akan laut. Salah satu pulau yang saya ingin pergi ialah Pulau Sipadan. Pulau Sipadan adalah satu - satunya pulau di Malaysia daripada batu kapur. Tambahan pula, aktiviti skuba yang terbaik di Dunia. Selain itu, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik di Dunia.

hinava

Malah, kami juga ingin menikmati makanan tradisional sabah iaitu Hinava. Hidangan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Pergh! Dengar pun dah terliur air liur saya.

pix_gal03

Selain itu, kami juga ingin Negeri Sabah mempunyai tidak kurang daripada tiga puluh etnik suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.


Itu sahaja yang mampu saya terangkan. Saya berharap dapat menunaikan hajat saya untuk membawa keluarga saya pergi bercuti bersama AirAsia. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke website airasia www.airasia.com . 

No comments:

Post a Comment

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork