Monday, July 7, 2014

Review: Bufet Ramadhan di De Palma Hotel, Shah Alam

Photo 4-07-14 8 48 37 PTG


Assalammuailaikum & Salam Sejahtera


Pada 4 Julai 2014 yang lepas, MZG telah diberi peluang untuk menyertai bersama blogger - blogger yang lain untuk menghadiri food review di Hotel De Palma Shah Alam. Terdapat pelbagai jenis juadah yang disajikan di Hotel ini yang amat menakjubkan! 
Bufet Ramadhan di Hotel De Palma Shah Alam menampilkan juadah yang pelbagai jenis, semua ada lah! Hahaha. Dari Makanan melayu ke Makanan Cina dan Makanan India.
Photo 4-07-14 6 58 38 PTG


Photo 4-07-14 7 02 28 PTG

Photo 4-07-14 7 01 32 PTG

Photo 4-07-14 7 07 44 PTG

Photo 4-07-14 7 09 42 PTG


Photo 4-07-14 7 17 20 PTG 


Bufet Ramadhan ini seperti pakora, vadey, capati dan tosai antara menu masyarakat India. Menu makanan masyarakat Cina pula seperti Nyonya Curry Mee dan masyarakat Melayu seperti Sup Tulang, Gulai Kambing dan Gulai Nangka. Hah tu baru sedikit, kalau nak tahu lebih kena pergi Hotel De Palma Shah Alam lah hehe. Selain itu, terdapat juga menu lauk pauk pengantin, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Kerutuk, Ikan Masak Masam Manis dan pelbagai.


Photo 4-07-14 7 07 03 PTG

Malah, yang paling istimewa sekali adalah Hotel De Palma Shah Alam didatangkan dengan pengisian rohani seperti Tahlil Ringkas, tazkirah dan azan maghrib akan di laungkan secara langsung di dewan Grand Ball Room yang memuatkan 850 orang.

Rasailah sendiri Bufet Ramadhan di Hotel De Palma Shah Alam dengan hanya RM 75 bersih untuk dewasa dan RM 37.50 bersih untuk kanak-kanak. Tapi sebelum datang haruslah membuat tempahan dahulu di talian 03-55428080 dan sambungan pada 519. 


Sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun sehingga 15% untuk merasai dan menikmati sendiri juadah yang hebat ini di De Palma Hotel Shah Alam, anda hanya perlu untuk menyebut nama blog MZG, www.iammazzing.com di kaunter ataupun melalui telefon. 

No comments:

Post a Comment

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork