Assalammuailaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar semua makhluk di muka bumi ini? Sihat kah anda semua? Harap sihat dan sentiasa comel selalu. Okay! Agak lama MZG mendiamkan diri dan menyepi. Hahaha. Maaf wahai semua, sesungguhnya MZG sangat sebuk. Al maklum lah, sudah berkerjaya. Kahkahkah. Akhirnya jumpa juga waktu kekosongan untuk menghapdate blog.
OKAY! MZG nak kongsikan kat kalian semua. iPhone korang ada tak masalah seperti Bateri kembong? Bateri mengandung 7 bulan? Ada? Okay ini jalan penyelesaian yang sangat menguntungkan kalian semua.
Pernah dengar Mac City Service Center dekat 1Utama? Tak pernah? Okay MZG bagi info sikit lah.
Actually, kalau korang datang dan bawak iPhone mengandung tu ke Mac City Service Center, in sha Allah korang akan dapat iPhone replacement unit iaitu Refurbish set yang baru dengan hanya membayar service charge RM50. So untung - untung korang dapat iPhone yang baru. Tapi macam biasalah, ada lah syarat - syarat tertentu seperti:-
- Screen iPhone tu mestilah tak retak atau pun patah dua.
- Beli daripada Malaysia tak kesah dari Telco mana. (Dorang boleh tolong checkkan)
- Button semua dalam keadaan baik.
- Tak ada dented yang maha hebat, kalau calar sikit okay kot.
- Boleh lagi On korang punya iPhone.
- Yang paling penting tak pernah hantar repair iPhone korang ke kedai luar.
Mudahkan? Apa lagi pergilah terjah! Jika ada apa apa pertanyaan boleh la PM saya kat FB Page saya yang tak seberapa tu. Hehe
p/s: Gambar Sumber Daripada Encik Google.
No comments:
Post a Comment