Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera
Pada 30 Mei 2014 yang lalu, MZG dijemput untuk menghadiri ke event di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pihak AirAsia kerana sudi menjemput MZG. Event kalini diadakan di Sultan Lounge, Mandarin Oriental. Sangat - sangat awesome sebab dia bawah tanah, bila masuk je Lounge ni, semuanya warna merah. Hahaha. Lampu, hiasan dan banyak lagi semuanya berwarna merah. Cantik! Ada Fotobox yang AirAsia sediakan, apalagi. Ambil gambar lah dulu. Hihihi. Pengacara pada malam itu ialah Yasmin Hani.AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah terbaik di dunia adalah official airline untuk Taylor Swift Red Asean Tour di South East Asia, dan melancarkan kapal terbang exclusive yang memaparkan pemenang Grammy sebanyak tujuh kali, Taylor Swift.
Selepas itu, ada Quiz yang diadakan dan hadiahnya amat lumayan, iaitu Tiket Konsert Taylor Swift di Singapura dan T-Shirt Exclusive Taylor Swift Red Tour. Alhamdulillah, first soalan aku berjaya jawab. Hahaha. Dan aku dapat T-Shirt. Hal ini kerana, Aku terlalu excited nak jawab. Hahaha. Maka terlepas tiket Konsert. Tak apa lah, sangat sedih. Hahaha.
Konsert Taylor Swift akan berlangsung di :-
- Jakarta, June 4. Mata Elang International Stadium (MEIS), Jakarta. www.lamusicstore.co.id
- Philippines, June 6. Mall of Asia Arena, Manila. www.smtickets.com
- Thailand, June 9. Impact Arena, Bangkok. www.thaiticketmajor.com
- Malaysia, June 11. Putra Indoor Stadium, Kuala Lumpur. www.ticketpro.com.my
- Singapore, June 12. Singapore Indoor Stadium. www.sportshub.com.sg
Bersama - sama Blogger yang turut hadir di AirAsia Red Hot Party ini.
Bersama - sama PR AirAsia, Ashman Mahfudz dan Daphne Cheah.
You looks so red :D
ReplyDeleteSwiftieeeee
wah merah gitu..sonoknya... merah yg sgt garang
ReplyDelete