Assalammuailaikum & Salam Sejahtera
Pada 1 Mac 2014 yang lalu, aku dan beberapa blogger yang terkenal *aku je yang hambar. telah pergi ke Kilang Spritzer di Taiping, Perak. Apabila sebut saja mengenai Spritzer pasti semua warga Malaysia tahu akan gosip mengenai Spritzer menggunakan air berdekatan dengan perkuburan Cina. Baiklah Detektif MZG akan membuat siasatan! Hahaha. *perasannya aku. Okay jika ingin tahu ingin lebih lanjut, jom baca yer! Jeng jeng jeng. Haha.Okay, Pagi sudah kami berkumpul di One Utama. Bila sudah sampai, aku terkejut! Semua blogger hebat ada disitu, terasa diri ini tersangatlah kecil molek. Hahahaha. Kami menaiki bas untuk ke Kilang Spritzer yang terletak di Taiping, Perak.
Aktiviti pertama yang dilakukan ialah menjawab kuiz. Okay, disebabkan MZG adalah insan berdarah O maka dengan itu memang sangat tidak boleh membaca atau menulis didalam kenderaan pasti akan pening. Hahaha. Tapi takpe oleh kerana nak menang punya pasal lawan jugalah. Hahaha. Tulisan masa tulis tak payah nak cakap, MZG punya tulisan memang dari azali hodohnya tak terkata. Ini pula dengan tak beralas apa apa, kalah cakar ayam buruknya. Hahaha.
Selepas itu, kami singgah di Raintree Cafe, Flemington Hotel di Taiping betul - betul sebelah Taman Tasik Taiping. Alhamdulillah, kami dihidangi makanan yang sangat menarik dan enak. Kami pun bergerak ke Kilang Spritzer.
Okay, sampai saja di Kilang Spritzer, kami disambut dengan baik dan ramah oleh pihak Spritzer. Peramah juga pekerja - pekerja Spritzer. Selepas itu, mereka memberitahu serba sedikit tentang Spritzer,
Sejarah Spritzer:
- Spritzer telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Tupai, Taiping.
- Kemudian berpindah ke kilang baru di Air Kuning pada 4 September 1994.
Kemudian, kami dibawa untuk meronda sekitar kilang Spritzer yang berkeluasan 330 ekar. Alhamdulillah, segala gosip mengenai Spritzer adalah tidak benar. MZG lihat tiada pun perkuburan Cina disitu malah jarak dari kilang ke perkuburan itu pun amat jauh. Jadi jangan risau okay! Punca air Spritzer adalah air bawah tanah yang terpelihara alam semulajadinya dengan kedalaman 400 kaki. Lagipun Air Spritzer telah ada cop halal daripada JAKIM. Pasti mereka sudah meneliti dengan sebaik mungkin malah JAKIM adalah diiktiraf antarabangsa dan Negara luar juga ingin mendapatkan cop Halal JAKIM.
Kilang Spritzer ini bersebelahan dengan Loji Lembaga Air Perak dan dikelilingi Hutan Tropika. Ini MZG ada sediakan jarak dari Kilang dan Perkuburan Cina tersebut. MZG amik ini dari Google Maps.
Selepas itu, kami dibawa masuk ke Kilang pembuatan botol dan pengisian air. So, disini tidak boleh ambil gambar. Hahaha. MZG sendiri tengok, cari mereka proses sangat bersih.
Habis sudah lawatan kami, Alhamdulillah, pengalaman yang menarik sekali. Hehe. Terima kasih spritzer & Bro Framestone kerana sudi memberi peluang MZG join lawatan ini. Hehehe
Tu la, kawan pun ada bagitau yang tak boleh minum air Spritzer. BTW, thanks sebab dh "dedahkan" semua.. :D
ReplyDeletesama sama Phyllo. :)
Deleteohhh syoknya jalan2...hahahaha
ReplyDeleteHahahaha. Syok saja Azuan. Hehe
Delete