AirAsia umum penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kalibo! Pada 18 Februari 2014, MZG telah menghadiri ke event di Hotel Hilton Kuala Lumpur. AirAsia telah melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kalibo. Anda tidak tahu apa itu Kalibo? Mari baca sini! Hehe
(Dari Kiri ke Kanan)
Datin Melissa Ong (Marketing Director for Malaysia & Thailand, Philippine Department of Tourism),
H.E. Jose Eduardo E. Malaya III, The Ambassador, Embassy of the Philippines,
Aireen Omar, CEO, AirAsia Berhad
Kenny Wong, Head of Commercial, AirAsia Berhad
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kami komited dalam menghubungkan komuniti-komuniti dari rantau ini yang kaya dengan destinasi-destinasi pantai dan pulau bertaraf dunia, dan kami sangat berbangga dapat menambah Kalibo, pintu masuk ke Pulau Boracay di Filipina ini ke dalam jaringan terluas dan destinasi-destinasi menarik kami.”
AirAsia melancarkan 4x seminggu ini akan beroperasi setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Selain itu, ini ada laluan ketiga destinasi Filipina dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.
p/s: Terima kasih AirAsia kerana sudi menjemput MZG join event yang awesome ni. Hehe, Terbaik lah!
No comments:
Post a Comment