Assalammuailaikum & Salam Sejahtera
Pada 15 Januari 2014 yang lalu, aku telah menghadiri ke majlis perlancaran filem Kami Histeria yang bertempat di eCurve, Damansara. Majlis tersebut didatangi oleh ramai media - media dan juga bloggers. Filem ini dibintangi oleh pelakon - pelakon yang maha hebatnya, iaitu Nur Fazura, Nad Zainal, Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin dan Umie Omar. Malah, Afdlin Shauki & Izzue Islam yang turut menjayakan filem ini.
Kami Histeria adalah idea asal dan lakon layar Rafidah Abdullah yang mendapat ilham semasa penggambaran di sebuah pangsapuri. Kami Histeria merupakan filem pertama arahan Shamyl Othman. Shamyl adalah graduan University of Melbourne dan memulakan karier dalam bidang pengarahan dengan menghasilkan filem pendek dan pernah memenangi anugerah filem pendek terbaik di Anugerah Video Malaysia.
Serius, Filem ni memang korang wajib tengok! Aku bagi 5 bintang untuk movie ni! Hahahaha. Memang tak tipu, bagi aku filem ini adalah filem yang bagus untuk permulaan tahun 2014. Heee, korang semua jangan lupa tengok tau! Heee. Aku pun nak tengok sekali lagi cerita ni kat pawagam nanti. Hihi.
Malah, Puan Marina Mahathir juga turut hadir. Aku sempat bergambar dengan beliau. Hehehe. Dia siap kata aku hensem okay. *muka bangga* Hahahaha.
p/s: Aku sempat juga berselfie dengan semua pelakon Kami Histeria, just tak ada Diana Danielle je. Hihihi, Semua sporting. Styloo! Hehehe. :) Terima kasih kepada Bro Framestone sebab bagi tiket ni. Hehee
untung la jumpa fazura . huhu mcm best ja citer nihh
ReplyDeleteHehehehe, siapa nak rugi Miss Rin. Dia sangat cantik dan peramah, ya cerita ni memang best!
Deletesangat best Eyqa! aah, pelakon baru, Umie Omar selalunya kerja belakang tabir je. Tapi serius dia belakon best uh! Comel!
ReplyDelete