Sunday, June 17, 2012

Seorang demi seorang.

Ya Allah.

Tidak aku sangka bahawa aku dan para sahabat sudah ingin pergi melanjutkan pelajaran kami ke universiti.

Cepat sungguh masa berlalu. Sungguh aku tidak menyedarinya.

Masing masing ingin mengejar cita cita masing.

Berat sungguh hati aku untuk melepaskan kalian pergi.

Tapi nak buat macam mana kan.

Pada mulanya,

Faizza Nur Atika,

Dia telah pergi ke Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.

Sungguh jauh sekali beliau merantau untuk mengejar ilmu.

Hilang tempat untuk aku bergosip, bergelak tawa.

Alhamdulillah, beliau seronok disana.

Aku akan sentiasa doakan kau berjaya disana :)

Aku sayang kau.

Selepas itu,

Nur Hidayah,

Dia telah pergi belajar ke Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

Hilang sudah tempat untuk aku mengutuk, mengejek, mengata.

Aku doakan kau berjaya.

Aku sayang kau.

Seterusnya,

NoorAtikah,

Dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaysia Pahang.

Sungguh jauh lagi beliau melanjutkan pelajarannya.

Hilang sudah si mulut puaka, si mulut bisa.

Besok beliau akan bertolak pergi Pahang.

Rindunya nanti aku kat dia.

Aku doakan akan berjaya.

Mereka ini semua adalah manusia terpenting dalam hidup aku.

Mereka menerangi warna warna mereka dengan begitu indah sekali dalam hidup aku.

Warna yang tidak akan orang lain dapat ganti.

Saidatul Fahana, NorAnati, Muhammad Aliff.

Aku harap korang dapat melanjutkan pelajaran.

InsyAllah selepas ini rezeki korang.

Siapa tahu bukan?

Mana tahu korang lagi berjaya dari aku.

Nanti aku pergi jaga diri baik baik tau.

Jangan lupa aku.

Aku sayang korang.

Aku akan doakan korang berjaya :)

Assalamuailaikum.




 

No comments:

Post a Comment

 

MZG Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork